
Selamat Datang Ke Blog BOSS SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Dapatkan Informasi Berkaitan SPBT STEMZA Di Sini. Terima Kasih Kerana Mengunjungi Kami.
Sunday, October 21, 2018
MAJLIS JAMUAN JASAMU DIHARGAI BARISAN KEPIMPINAN STEMZA
Majlis jasamu dikenang bertujuan untuk menghargai jasa kepimpinan pengawas STEMZA yang terdiri daripada pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah,pengawas SPBT, Pembimbing rakan sebaya dan pengawas koperasi. Majlis telah berlangsung di Dewan Gamelan,tingkat 3,Hotel Primula yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.❤️

Tuesday, September 25, 2018
LAWATAN BERINFORMASI OLEH SMKA DATO HAJI ABBAS
Pada 29 September 2018, Unit SPBT STEMZA telah menerima kunjungan daripada Pengurusan BOSS dan Rakan BOSS SMKA Dato Haji Abbas. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pengurusan SPBT di sekolah tersebut.
Friday, July 13, 2018
KEM PENDAKWAH CILIK
Pada 11 - 13 Julai 2018, Kem Pendakwah Cilik yang melibatkan Pengawas SPBT, PRS dan Pengawas Koperasi sekolah telah diadakan di Pusat Kokurikulum Kuala Berang, Terengganu. Antara aktiviti yang diadakan adalah Jungle Trekking, Flying Fox, berkayak, pembentangan dalam kumpulan, dan lawatan bermaklumat ke Akademi Bomba Wakaf Tapai. Semoga kem yang diadakan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta kecekapan dan keyakinan diri pengawas SPBT dalam menjalankan tugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)